Cybersecurity - Siri Cyber Hygiene Sesi Julai
17 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniProgram ini memberi pendedahan kepada peserta tentang amalan keselamatan siber, termasuk cara melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti ancaman dalam talian serta membentuk tabiat penggunaan internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab. Apa yang telah dipelajari oleh peserta adalah tutorial langkah demi langkah menyemak keselamatan aplikasi telefon. Seterusnya mengenal pasti risiko pendedahan maklumat peribadi di internet dan memberikan amalan terbaik untuk melindungi jejak digital peserta. Terima kasih adik Aida Nasuha yang selalui menyertai setiap program yang diadakan di Nadi Pokok Sena. Semoga setiap ilmu yang diperolehi dapat dijadikan panduan dalamm menggunakan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: